Followers

Wednesday, February 17, 2010

Penjagaan Mata Bayi Baru Lahir

Penjagaan mata biasa
Semasa pemeriksaan bayi yang pertama selepas kelahiran, doktor akan memeriksa mata bayi anda untuk :

* Penyakit kongenital

* Jangkitan mata

* Penglihatan


Dalam penjagaan mata harian anda hendaklah membersihkan disekeliling mata bayi anda dengan kain lembab yang bersih dan jangan gunakan sabun kerana ini akan memedihkan mata.

Pendarahan Sub-Konjuktiva

Jika anda melihat dengan dekat pada bahagian putih di mata anda, anda hanya akan dapat melihat beberapa saluran darah yang halus. Sekiranya satu daripada saluran darah ini pecah, darah akan mengalir keluar kebahagian putih mata. Ini dinamakan Pendarahan Sub-Konjuktiva yang biasanya terjadi semasa kelahiran. Sekiranya ini berlaku maka :



* Tiada rawatan diperlukan.

* Ia tidak akan merosakkan mata.

* Darah yang ada biasanya akan hilang dalam masa dua minggu.


Masalah biasa yang terjadi di kalangan bayi biasanya adalah :

* Konjuktivitis

* Penghalangan saluran air mata tersumbat (Nasolacrimal)


Konjuktivitis

Konjuktivitis bermaksud kemerahan yang berlaku pada lapisan Konjuktiva iaitu bahagian putih mata dan bahagian dalam kelopak mata.Ini mungkin berlaku disebabkan oleh jangkitan, saluran air mata tersumbat atau kerengsaan, contoh : Terkena bahan kimia

Bagi bayi, jangkitan kuman biasanya disebabkan oleh bakteria seperti Neisseria gonnorhea (gonorrheal infection) atau oleh Chlamydia trachomatis. Kedua-dua didapati semasa proses kelahiran daripada ibu yang mendapat jangkitan.

Simptom-simptom dan tanda-tanda

* Keluar cecair kekuningan dari mata

* Kelopak mata melekat dengan nanah terutamanya selepas tidur

* Keluar tahi mata di bahagian atas pipi

* Bahagian putih mata mungkin bertukar kemerahan atau merah jambu

* Kelopak mata membengkak


Konjuktivitis ini boleh menjadi lebih parah sekiranya berlaku jangkitan pada gonorrhea dan berkemungkinan memberi kesan kepada penglihatan bayi. Oleh itu adalah penting untuk membawa bayi anda dengan segera untuk mendapatkan rawatan perubatan.

Rawatan untuk Konjuktivitis Gonococcol

Sekiranya tahi mata atau lain-lain tanda muncul dalam beberapa jam atau hari selepas kelahiran, bayi anda akan dianggap mendapat jangkitan gonorrheal sehingga keputusan ujian didapati. Rawatan yang diberikan adalah:

* Membersihkan mata setiap jam dengan titisan mata dan titisan antibiotik mata sehingga tahi mata berkurangan dan mata kurang kemerahan.

* Diberikan suntikan anti-biotik melalui saluran vena.

* Ibu-bapa (dan semua pasangan seks ibu bapa yang boleh dikesan) juga akan disiasat dan dirawat sebagai pesakit gonorrhea.


Rawatan untuk Konjuktivitis Chlamydia

Jenis Konjuktivitis ini biasanya bermula 5-12 hari selepas kelahiran.
Rawatan yang diberikan biasanya adalah :

* Oral anti-biotik selama 14 hingga 21 hari untuk bayi dan ibu-bapa.

* Anti-biotik titisan mata dan membersihkan mata.

Tip-tip untuk diingat :

o Bawa bayi anda berjumpa doktor secepat mungkin sekiranya tahi mata keluar dengan banyak dan tidak berkurangan.

o Bayi yang masih ada tahi mata dalam beberapa hari kelahiran hendaklah dibawa ke hospital dengan segera.

o Gunakanlah kain bersih atau tuala yang berasingan untuk bayi kerana ianya boleh berjangkit.

o Jangan gunakan titisan mata kecuali dengan arahan doktor.


Pencegahan

Titisan mata pencegahan, silver nitrate 1% telah tidak digunakan di Malaysia sejak beberapa tahun kerana dengan pengurangan kes Konjuktivitis gonoccocal dan terdapatnya antibotik yang lain.

Saluran air mata (Nasolacrimal) terhalang.

Bermakna saluran yang biasanya menyalurkan air mata dari mata ke hidung tersumbat/tersekat. Bayi yang baru lahir mempunyai kebolehan untuk merembeskan air mata kerana hormon tetapi biasanya bukan merembeskan air mata tersebut kerana emosi hinggalah sehingga berumur antara 2 hingga 3 tahun. Ini menerangkan kenapa tercetusnya simptom pada umur yang agak lewat sungguhpun ianya bermula dari lahir.

Perkara ini berlaku kepada 2 hingga 6 peratus kelahiran baru. Kedua-dua belah mungkin tersumbat. Kebanyakan saluran air mata yang tersumbat ini akan terbuka secara spontan apabila berumur satu tahun.

Air mata juga boleh menjadi tanda kepada gloucoma Kongenital (sejak lahir) dan ini mungkin berkaitan dengan sensitif kepada cahaya dan pembesaran kepada mata yang dijangkiti.

Tanda-tanda dan simptom

* Air mata keluar berterusan yang mana biasanya dalam beberapa minggu selepas lahir.

* Keluar air mata dibahagian lebih bawah kelopak mata dan pipi.

* Bahagian putih mata pada permulaannya tidak kelihatan kemerahan atau pink sehingga jangkitan bermula.

* Terdapat risiko jangkitan mata (Konjuktivitis) kerana kelemahan sistem saliran.

* Jika jangkitan tidak dirawat, jarangkali ia akan merebak sehingga ke sekeliling bahagian mata atau pipi.



Rawatan

Rawatan diperlukan segera jika:

* Kelopak mata menjadi sangat merah atau membengkak

* Muncul benjol kemerahan di bahagian bawah sudut kelopak mata.


Berjumpa doktor sekiranya:

* Terdapat tanda dan simptom (konjutiva), seperti keluar cecair kekuningan

* Jika air mata berterusan keluar selepas berumur setahun, dapatkan rawatan daripada ophthalmologist (Pakar Mata).

* Sekiranya bayi mudah terganggu dengan cahaya atau sebelah mata lebih besar.


Sumber: Kementerian Kesihatan, MALAYSIA

p/s: Sila rujuk http://ms.wikipedia.org/wiki/laman_utama untuk bahasa saintifik bagi setiap jenis penyakit yang tidak difahami maksudnya secara mendalam. 

No comments:

Post a Comment