Followers

Tuesday, June 10, 2008

SIFAT BAIT MUSLIM

Menghormati fikrah (gerakan ) Islam
Memelihara adab-adab Islam dalam semua aktiviti rumah tangga
Bijak memilih bakal isteri/suami
Suami isteri menunaikan kewajipan dan tanggungjawab masing-masing
Membesar dan mendidik anak-anak dengan adab dan prinsip-prinsip Islam

PEMBENTUKAN BAIT MUSLIM

Bila Perlu Berumah tangga
Tiada masa ditentukan, bergantung kepada keperluan peribadi
Rasulullah s.a.w. berumah tangga pada usia 25 tahun
Nasihat saya: jangan terikut-ikut orang lain, pastikan benar-benar keperluan diri
Berumah tangga semasa belajar terlalu banyak risikonya jika tidak bijak mengendalikannya

Persiapan Sebelum Kahwin.
Memilih bakal isteri/suami yang soleh
Islam telah kemukakan sifat-sifat yang diutamakan
perlu beri penilaian berkadar persoalan kufu’
Mengutamakan yang sama fikrah
Mengutamakan akhawat dari wanita lain
Memudahkan proses perkahwinan
tidak terlalu memilih
jangan terlalu cerewet,
buat penilaian dan pertimbangan yang sederhana
bertawakallah

Selepas Berkahwin
Awal Perkahwinan
Membina kasih sayang
Mencari persefahaman
Memahami hati budi hakiki pasangan
Insafi hakikat tidak semua insan sempurna, termasuk diri kita
Terima hakikat kekurangan pasangan
Hargai keistimewaan yang lebih banyak dari kelemahan
Usaha baiki yang boleh diperbaiki
Belajar sesuaikan diri dengan hakikat yang ada, dialah pasangan kita
Tingkatkan sifat pemaaf

Pertengahan Perkahwinan
Pastikan rukun kebahagiaan rumah tangga ( sakinah, mawaddah, rahmah)
Semarakkan hubungan semua aspek
Sedari pasangan kita adalah manusia, bukan batu bukan kristal
Fahami hakikat pendakwah (suami/isteri) pun manusia
perasaannya perasaan manusia
keinginannya keinginan manusia
permintaannya permintaan manusia
semua pada dirinya adalah alam manusia
layani dia sebagai melayan manusia biasa
jangan berkomunikasi dengannya sebagai manusia super atau malaikat

Period Cabaran.
Peringkat usia 35 – 45 peringkat cabaran rumah tangga
Bilangan anak telah ramai
Julat usia anak sulung dan bongsu mungkin jauh
Anak-anak perlu perhatian yang berbagai mengikut perangai dan julat usia
Tumpuan isteri semakin banyak terarah kepada anak-anak
Perhatian banyak berpindah dari suami kepada anak-anak
Suami mungkin terasa semacam diabaikan
Penjagaan diri isteri secara tabi`e mungkin berkurangan
Daya tarik isteri juga mungkin semakin luntur, terutama isteri yang tidak ambil peduli penjagaan diri kerana merasa selamat sebagai isteri seorang da`ie
Suami pula sudah mendapat kedudukan kanan di tempat kerja
Mungkin dikelilingi setia usaha, kerani atau pembantu tadbir yang licin dahi
Interaksi, komunikasi dengan staf berlaku 9 jam setiap hari
Keadaan di rumah dan di tempat kerja boleh jadi pemangkin kepada kewujudan pihak ketiga dalam kehidupan rumah tangga
Di situ bermulalah keadaan yang menggerunkan

Kalau di atas mungkin suami yang membuat onar, tetapi pengalaman kita menunjukkan isteri pun tak kurang.

Cabaran ini hanya dapat diatasi dengan keinsafan dan usaha bersama
Usaha satu pihak sahaja tidak akan membawa hasil
Isteri, walau apa pun kerjaya dan bertanya tugas mendidik dan melayan anak-anak, suami tidak sepatutnya diabaikan
hiasi dan peliharalah rupa diri
bersolek dan berhiaslah untuk suami, jadikan ia amalan diri
kemaskan rumah, terutama tempat tidur, ceriakan, siapkan ia dengan aroma yang merangsang
Suami, walau apa pun kedudukan di tempat kerja, adab dan tata susila Islam dalam hubungan silang jantina perlu ditaati, jangan jadi hidung belang, mata keranjang
Kalau mahu isteri sentiasa menarik, melayan, sila ringankan beban isteri
bantu sendiri atau sediakan orang gaji
sediakan peralatan untuk isteri berhias diri, pakaian, kosmetik dan wangian diri
suami juga perlu menghias diri, supaya nampak tampan dan ceria diri

Rumah Tangga di Usia Tua
55 dan ke atas boleh dikira usia tua
Peringkat usia rumah tangga paling stabil
Hubungan suami isteri paling intim dalam semua aspek
Tiada gangguan anak-anak lagi, malah kadangkala anak-anak dapat membantu keintiman
Kerja dakwah semacam tiada halangan lagi, selain halangan kekurangan kudrat atau futur
Namun usia ini ada juga cabarannya
penurunan ketara dan mendadak jumlah pendapatan keluarga,
perlu membuat penyesuaian perbelanjaan keluarga yang mungkin terpaksa berdikit
jiwa tua yang selalu mudah jauh hati, mudah tersinggung
kadangkala merasa semacam diabaikan, seperti tidak diperlukan lagi
gangguan-gangguan kesihatan yang sifatnya memang sukar diatasi
selalu berhiba kerana sering mengingati mati, membayangkan perpisahan abadi dengan mereka yang disayangi, terutama yang telah melewati 60 tahun
Di peringkat ini perhatian pasangan dan anak-anak amat diperlukan.

PENDIDIKAN ANAK-ANAK

Pendidikan anak berkait dengan
menjaga pemakanan seimbang dan halal
meletakkan benih ayah yang salih ke dalam rahim isteri yang salih dengan cara yang salih
penjagaan kesihatan isteri semasa mengandung dan
penjagaan kesihatan isteri dalam tempoh berpantang selepas bersalin
Proses pendidikan amali bermula dari anak dilahirkan sampai usia hujung remaja, setelah matang hanya perlu perbincangan dan nasihat.
Tempoh ini digunakan untuk membina konsep, nilai dan neraca dalam diri anak-anak melalui:
penerapan ajaran-ajaran Islam
membiasakan anak-anak mendengar Quran dan zikir
membina nilai-nilai maknawi kehidupan
o baik dan buruk
o mulia hina
o kasih, sayang dan benci
o sifat-sifat terpuji
o menjauhi sifat-sifat keji
o menghormati orang lain
o membiasakan adab-adab Islam: pakaian, pergaulan dll
o membiasakan ibadat-ibadat Islam
o membentuk jati diri dan imuniti
membina nilai-nilai kebendaan yang sahih
o keperluan wang
o penggunaan wang
o faedah sesuatu, kenapa diperlukan
o jika mahal ada barangan gantian atau tidak
o apa asas wang digunakan untuk membeli barangan
o didikan berjimat cermat dan menyimpan
o belajar mengekang kehendak naluri
ibu bapa menjadi qudwah dan teladan dalam semua konsep, nilai dan neraca
jadikan rumah dan aktiviti di dalamnya sebagai wasilah pembentukan konsep, nilai dan neraca anak (rumah itu sekolah pertama anak-anak)
o daruriyat
o hajiyat
o kamaliyat
o aulawiyat
o thinaiyat
o perhiasan
o hiburan
o tetamu dan handai taulan
jajarkan kehidupan rumah tangga dengan kehidupan perjuangan dakwah
doa ibu bapa untuk anak-anak

Semuanya berlaku dalam suasana yang tabi`e, tiada takalluf, ia menjadi amalan harian.
Konsep, nilai dan neraca akan terbentuk dalam diri anak-anak secara tidak disedari.
Konsep, nilai dan neraca ini akan membentuk jati diri dan imuniti anak-anak.

PENUTUP.

Perbincangan ini diharap dapat dijadikan panduan
Paling diharapkan ikhwah akan memilih akhawat sebagai teman hidup
Pada hakikatnya perjalanan kehidupan itu panjang, sepanjang usia kita
banyak cubaannya
banyak godaannya
namun, lidah lagi tergigit, inikan pula suami isteri
Pandai-pandailah mendayung bahtera ini hingga sampai ketepian
Sekian, mudah mudah-mudahan Allah memberi keberkatan.

DAG Dt.Keramat
16. 4. 03 : 9.48

4 comments:

  1. salam~

    ada sahabat ana yang bertanya~

    "wut bout if there is a girl with fully tarbiyyah (in proper term- akhawat) attracted to a guy who is no islamic thought basic(fikrah).. e.g didnt join any jamaah..dunno what is tarbiyyah...n mmg dh jodoh dorang..

    in ur opinion, is it baitulmuslim or not..? "

    jadi,adakah ini dikatakan baitulmuslim atau tak?

    mohon jawapan sesegera mungkin.

    jazakallah~

    ReplyDelete
  2. wsalam... harus diingat ungkapan Baitul al Muslim... merupakan ungkapan yang menjurus kepada rumahtangga yg dibentuk berteraskan ISLAM...bermula daripada permulaan rumahtangga sehingga ke akhir hayat manusia. Pendidikan terhadap isteri dan anak2 dan juga suami yang menjuruskan kepada pemahaman terhadap konsep Islam yg diperlukan bagi pembentukan rumahtangga muslim. Persoalan FIKRAH adalah persoalan cabang. Bilamana persoalan cabang... setiap individu berhak menyelesaikan setiap permasalahan yang akan dan bakal berlaku. Fikirkan lah sebelum keputusan terbaik kita lakukan sebelum, selepas dan sesudah berumahtangga...

    ReplyDelete
  3. Salam,

    Ana nk tanye..
    Boleh tak ustaz/ustazah terangkan perlunya persamaan fikrah dalam memilih pasangan..??

    Kalau tak sama, kenape kurang afdhal??

    Dan ape keburukan tidak same fikrah ni??

    Wassalam

    ReplyDelete
  4. BUat Ukhti Syazana....
    Persamaan Fikrah merupakan salah satu elemen penting dalam membentuk rumahtangga haraki. Namun harus diingat, Hanya persefahaman dan rasa hormat menghormati merupakan tunjang keharmonian rumahtangga dan sikap inilah yang harus diwujudkan dalam rumahtangga.
    Baitulmuslim lahir dari konsep Agama, Aqidah, Alukhuwah, AlMahabbah. dan Fikrah lahir dari Tarbiyah wat Tafahum.

    ReplyDelete