Followers

Monday, July 07, 2008

NURKASIH '08 Melabuhkan Tirai Gemilangnya...

Mansurah, 07 Julai 2008. NURKASIH'08 telah melabuhkan tirainya tepat jam 6.00 petang tadi. Program anjuran Unit Bait Muslim Mansurah (UBMM) ini telah dipertanggungjawabkan dibawah pengarah program Ustaz Mua'dz md Nazan.

Program yang dilaksanakan ini bertujuan bagi meraikan perkahwinan empat pasangan pengantin yang telah selamat diijabqabulkan dan juga Aqiqah dua anak kecil pasangan ahli DPMM. Sebelum daripada itu, pihak pengurusan program juga telah berjaya menganjurkan program khas bersempana NURKASIH'08 yang menampilkan keseluruhan ahli jawatankuasa Unit Bait Muslim Mansurah dibawah satu slot khas yang dinamakan "Sembang Kahwin"

Slot ini bertujuan bagi mendedahkan kepada mahasiswa-wi yang berada di Mansurah tentang prosuder perkahwinan dan peranan UBMM di Mesir ini. Selain itu, turut diadakan sesi soal jawab di antara mahasiswa-wi bersama pihak UBMM bagi merungkai segala persoalan dan permasalahan yang diutarakan.

Bagi pihak Unit Bait Muslim Mansurah mengucapkan jutaan terima kasih diatas keterlibatan semua pihak dalam menjayakan NURKASIH '08 pada tahun ini.

Insyallah, akan datang kita akan bertemu lagi dalam program yang penuh gilang gemilang ini.

Salam Hormat
Admin
ubmm.blogspot.com

p/s : Nantikan gambar-gambar seputar program NURKASIH '08 yang akan dipaparkan dilaman ini.

No comments:

Post a Comment