Followers

Friday, March 20, 2009

PMRAM Rakam Takziah Buat Keluarga Haji Khir, mantan Penasihat PMRAM

Sumber:PMRAM.ORG
19 Mac-PMRAM merakamkan ucapan takziah buat keluarga Allahyarham Ustaz Khairul Azhar Kamarudin, mantan ahli Lembaga Penasihat PMRAM yang meninggal dunia hari ini di Hospital Seremban, Negeri Sembilan. Presiden PMRAM, Ustaz Khairul Anuar Ismail, anggota Badan Pengurus serta Ahli Jawatankuasa Tertinggi HEWI PMRAM merakamkan takziah tersebut setelah menerima berita sedih tersebut petang ini. Allahyarham yang berasal dari Negeri Sembilan pernah dilantik sebagai anggota Lembaga Penasihat PMRAM untuk beberapa sesi sepanjang beliau menuntut di Universiti Al-Azhar, Kaherah dan pulang berkhidmat di tanah air beberapa tahun lalu. Menurut sumber berita, beliau meninggal dunia akibat demam denggi setelah dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Seremban pagi tadi setelah jatuh pengsan. Selain denggi, pihak doktor mengesahkan darah Allahyarham dijangkiti kuman dan hati bengkak. Kehilangan beliau dalam usia yang masih muda ini merupakan kehilangan besar buat perjuangan Islam. Sepanjang menjawat jawatan sebagai penasihat PMRAM, beliau begitu komited serta banyak membantu PMRAM sebaris dengan penasihat-penasihat lain iaitu Ustaz Zahari Ali serta Ustazah Dayang Noraini Awang Damit bahkan pergaulannya amat disenangi oleh ahli PMRAM. Dikalangan anggota Badan Pengurus PMRAM, beliau merupakan abang dan tempat rujukan dalam masalah PMRAM. berdasarkan pengalamannya yang luas. Semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat serta ditempatkan bersama para Anbiya' syuhada' dan solohin. Sejambak Al-Fatihah buat Allahyarham dari kita semua..

No comments:

Post a Comment