Followers

Wednesday, March 25, 2009

Penjelasan PMRAM Berkenaan Muqarrar Al-Quran


Untuk pengetahuan semua Pihak Al-Azhar telah melakukan perubahan di dalam sistem pendidikan mereka apabila telah mengambil keputusan untuk menurunkan Muqarar Al-Quran dari dua juzuk setahun kepada satu juzuk setahun. Perubahan yang dilakukan ini melibatkan semua muhafazah dan semua kuliah di Universiti Al-Azhar.Pihak kami meminta maaf di atas kelewatan mengeluarkan kenyataan ini disebabkan pihak kami menunggu kenyataan bertulis sendiri dari pihak Universiti Al-Azhar untuk mengesahkan perkara ini di setiap muhafazah.

Makluman perubahan adalah seperti berikut:Kaherah (Ikhwah dan Akhawat)
1.Syariah Islamiyyah :Satu juzuk
2.Usuluddin : Satu juzuk
3.Bahasa Arab : Satu juzuk

Zaqaziq:
1.Usuluddin : Dua juzuk
2.Bahasa Arab : Dua juzuk

Tafahna El-Asyraf
1.Syariah Islamiyyah : Satu juzuk

Syibin El-Kom
1.Lughah :Satu juzuk
2.Usuluddin : Satu juzuk

Tanta
1.Syariah Islamiyyah :Satu juzuk
2.Usulluddin : Satu juzuk

Mansurah
Ikhwah
1.Usuluddin : Satu juzuk
2.Bahasa Arab : Dua juzuk

Akhawat
1.Syariah Islamiyyah : Satu juzuk
2.Usuluddin : Satu juzuk
3.Bahasa Arab : Satu juzuk

Damanhur
1.Syariah Islamiyyah :Satu juzuk
2.Usuluddin : Satu juzuk
3.Bahasa Arab : Satu juzuk

Dumyat
1.Syariah Islamiyyah :Satu juzuk
2.Usuluddin : Satu juzuk
3.Bahasa Arab : Satu juzuk

Iskandariah
1.Tahun satu : Surah Al-Baqarah
2.Tahun Dua : Surah Al-Baqarah,Al-A'araf,Al-Anfal
3.Tahun Tiga : Surah Al-Baqarah,Al-A'araf,Al-Anfal,Maryam,Toha,Al-Anbiya,Al-Haj
4.TahunEmpat: SurahAl-Baqarah,Al-A'araf,Al-Anfal,Maryam,Toha,Al-Anbiya,Al-Haj,Yasin,As-Shaffat,Sad, Zumar, Mukmin dan Fussilat.

Pihak Badan Pendidikan dan Komunikasi Bahasa menyarankan dan menasihati agar sahabat-sahabat tetap menghafal dua juzuk untuk setiap tahun untuk menggelakkan sebarang masalah yang mendatang disaat-saat akhir.

Mohamad Azizudin Aznan,
Ketua Badan Pendidikan dan Komunikasi Bahasa PMRAM 2008.

No comments:

Post a Comment