Followers

Monday, April 06, 2009

SEGMEN KHAS : Kecil Dari Usia Kandungan (SGA)

Apakah bayi SGA?
Apakah jenis-jenis SGA?
Apakah yang menyebabkan SGA berlaku?
Apakah pembesaran dalam kandungan yang terbantut (IUGR - Intra Uterine Growth Restriction)
Apakah faktor-faktor risiko penyebab IUGR?
Apakah sifat-sifat bayi SGA?
Apakah kemungkinan masalah yang akan dihadapi oleh bayi SGA?
Bagaimanakah cara mengendalikan bayi SGA?
Apakah langkah yang boleh diambil untuk mengelakkan SGA?

Apakah bayi SGA?

Pengenalan

Bayi normal dilahirkan dengan berat badan anggaran 3.4 hingga 3.5 kg, tetapi bayi SGA dilahirkan lebih kecil berbanding bayi normal pada usia kandungan yang sama.

Definisi

Bersaiz kecil berbanding usia kehamilan:

* Berat lahir kurang dari 10th percentile bagi usia kehamilan (minggu kehamilan).

* Berat dan saiz bayi ini kecil, kurang dan 90% berat bayi pada usia kehamilan sama.

* Berat bayi berada lebih dari10% berat badan di bawah garisan pembesaran bayi dalam kandungan.

Apakah jenis-jenis SGA?

Bayi SGA:

* Cukup bulan atau pramatang.

* Bayi cukup bulan tetapi beratnya kurang dari 2.5kg.

Jenis-jenis bayi SGA: :

* Setara- pembesaran keseluruhan yang seimbang

* Tidak setara - contohnya kepala lebih besar berbanding dengan bahagian tubuh lain.

Apakah yang menyebabkan SGA berlaku?

Sebab-sebab:

* Keturunan - ibu-bapa yang bersaiz kecil akan melahirkan bayi yang kecil juga

* Pembesaran kandungan yang terbantut (IUGR).

Apakah pembesaran dalam kandungan yang terbantut (IUGR- Intra Uterine Growth Retandation)?

Pertumbuhan bayi dalam rahim terbantut disebabkan berlakunya kekurangan bekalan oksigen dan kepada bayi dalam kandungan.

Faktor yang mengganggu aliran darah kepada bayi dalam rahim ibu boleh menyebabkan IUGR.


Apakah faktor-faktor risiko penyebab IUGR?

Faktor risiko seperti berikut :

Faktor Ibu

* Ibu hamil yang terlalu muda atau ibu yang telah lanjut usia

* Ibu yang menghidapi tekanan darah tinggi

* Kandungan gula dalam darah yang tidak terkawal

* Sakit buah pinggang yang kronik

* Jangkitan kuman

* Kekurangan zat makanan

* Ibu yang merokok


Faktor bayi

* Kandungan kembar

* Jangkitan kuman

* Kecacatan semasa lahir

* Kromosom yang tidak normal


Faktor Uri (Placenta)

* Uri yang tercerai dari rahim sebelum waktunya (abruptio placenta)

* Uri terletak dibahagian bawah rahim (placenta praveia)

* Gangguan aliran darah ke uri


Apakah sifat-sifat bayi SGA?

Bayi SGA yang cukup bulan, kelihatan matang tetapi bersaiz kecil dan mungkin mempunyai sifat-sifat berikut: :

* Kelihatan cukup bulan (matang)

* Kurus, kecil dan kurang tisu lemak

* Kulit berkedut

* Keseluruhan badan kemerahan

* Mengalami gangguan pernafasan

* Kelihatan lesu disebabkan kekurangan gula dalam darah

Apakah kemungkinan masalah yang akan dihadapi oleh bayi SGA?

* Komplikasi awal:

o Hypoglysemia - Kurang gula dalam darah

o Policytemia - Berlebihan sel darah merah dalam darah

o Hipotermia-tidak dapat mengekalkan suhu badan

o Mengalami ganguan pernafasan

o Jaundis

o Ketidakseimbangan garam galian dalam darah (electrolyte unbalance)

o Kebiruan akibat kurang oksigen

o Tidak stabil semasa kelahiran

* Komplikasi lewat:

o Bergantung kepada sebab berlakunya SGA, Contoh - Kes kromosom yang tidak normal seperti Sindrom Edward's boleh menyebabkan risiko kematian pada minggu pertama kelahiran.

* Sebahagian bayi ini akan membesar seperti bayi biasa manakala sebahagiannya mengalami pembesaran yang lambat.

* Berisiko mengalami penyakit kronik ketika meningkat dewasa seperti tekanan darah tinggi, kencing manis dan masalah jantung.


Bagaimanakah cara mengendalikan bayi SGA?

Rawatan khas mengikut keadaan berdasarkan dan keperluan bayi tetapi kebanyakan bayi ini memerlukan

* Pengawasan kadar gula dalam darah

* Penyusuan yang awal dan kerap kali


Sebahagian bayi mungkin perlu dimasukkan ke wad bayi (Neonat) untuk:

* Pemberian susu berkalori tinggi melalui tiub

* Air dektros melalui intravena

* Bantuan pernafasan

* Pertukaran darah

* Rawatan fototerapi untuk jaundis


Apakah langkah yang boleh diambil untuk mengelakkan SGA?

Penjagaan semasa mengandung sangat penting :

* Awasi kesihatan ibu

* Rawat ibu bermasalah seperti tekanan darah tinggi

* Pantau pertumbuhan janin dalam kandungan

* Periksa uri bagi mengesan keluarbiasaan

* Kesan kecacatan pada janin

* Rancang kelahiran yang selamat

No comments:

Post a Comment