Followers

Wednesday, March 25, 2009

Kesihatan Mental: Harga Diri

Apakah yang dimaksudkan dengan harga diri?

Harga diri adalah satu cara di mana kanak-kanak menilai diri mereka sendiri.

Apakah ciri-ciri kanak-kanak yang mempunyai harga diri yang tinggi?

Kanak-kanak ini :

* Mudah berkawan
* Berminat untuk melakukan aktiviti-aktiviti baru
* Mudah bekerjasama dan patuh pada arahan
* Boleh mengawal perlakuan
* Bermain sendiri dan bersama rakan-rakan lain
* Mempunyai idea-idea tersendiri dan kreatif
* Riang, bersemangat dan mudah berinteraksi

Apakah ciri-ciri kanak-kanak yang mempunyai harga diri yang rendah?

Mereka :

* Tidak ceria
* Kurang keyakinan diri
* Perasaan tidak berguna
* Sentiasa berasa letih dan penat
* Sering memikirkan perkara-perkara yang tidak baik
* Rasa rendah diri
* Sering gagal di sekolah

Apakah faktor-faktor positif perasaan harga diri?

Faktor-faktor yang menyumbang kepada perasaan harga diri :

* Kasih sayang
* Keselamatan
* Panduan
* Penghargaan
* Galakan


Bagaimanakah anda dapat membantu anak anda untuk membina perasaan harga diri yang tinggi?

Anda harus :

* Berikan pujian pada setiap kejayaan walaupun kejayaan yang kecil
* Berikan kasih sayang yang ikhlas
* Tunjukkan minat pada setiap masalah,aktiviti atau projek yang dilakukan oleh anak anda
* Menerangkan apa yang boleh dan tidak boleh dilakukan
* Cuba elakkan segala perlakuan negatif dan bunga-bunga kemarahan
* Beri penghargaan atas segala bantuan dan kerjasama yang diberikan atau apa-apa pertuturan yang sopan
* Balaslah dengan sifat kasih sayang atas segala perlakuan yang baik
* Sekiranya anak anda melakukan sesuatu yang tidak anda senangi, asingkan yang negatif darinya pisahkan perangai yang tidak menyenangkan dari dirinya. Umpama-nya ‘ibu tidak suka anda membaling-baling permainan, tetapi ibu tetap menyayangi mu’

Faktor-faktor yang boleh menjejaskan perasaan harga diri di kalangan kanak-kanak

* Menaruh harapan yang terlalu tinggi atau terlalu rendah ke atas anak-anak
* Memarahi atau mengherdik anak-anak terutamanya di hadapan orang lain
* Memanggil anak-anak dengan perkataan lembap, bodoh, malas dan sebagainya
* Terlalu membela atau tidak mengendahkan anak-anak

No comments:

Post a Comment