Followers

Wednesday, March 25, 2009

Kesihatan Mental: Perkembangan Psikososial Yang Normal

Apakah yang dimaksudkan dengan kesihatan mental kanak-kanak ?

Kesihatan mental kanak-kanak yang normal di definisikan sebagai seseorang itu dapat :

* Memulakan dan mengekalkan perhubungan peribadi yang memberi kepuasan kepada kedua-dua belah pihak.
* Meneruskan kemajuan perkembangan psikososial.
* Bermain dan belajar untuk mendapat pencapaian yang setaraf dengan umur dan tahap intelek.
* Merasakan apa yang betul dan salah dari segi normalnya

Gangguan psikososial berlaku antara 12%-29% di kalangan kanak-kanak sedunia,dan lebih kurang 13% di Malaysia mengikut The National Health & Morbidity Survey, 1996.
( Mental Health Problem in Children )

Apakah maksud perkembangan psikososial yang normal?

Perkembangan psikososial ialah proses sepanjang hayat, tetapi apa yang dipelajari semasa 5 tahun pertama akan membentuk perkembangan ini. Perkembangan ini boleh dibahagikan kepada :

* Kognitif ( proses mental ) – memahami , membuat perkiraan, membuat pertimbangan menyelaras fungsi motor,persepsi dan sebagainya.
* Emosi- perkembangan pantas sewaktu pra- sekolah, tugasan ini termasuk :
o Mengenal pasti kepentingan dan jenis-jenis emosi
o Belajar mengawal emosi
o Memahami kesan emosi terhadap tingkah laku
* Sosial - Dipengaruhi oleh suasana dan bentuk pergantungan kepada ibu bapa atau penjaga utama.
* Moral - Melibatkan isu-isu betul atau salah.

Apakah keperluan bagi kesihatan mental kanak-kanak ?

Keperluan kesihatan mental terbahagi kepada dua:

1. Keperluan asas kehidupan
* Tempat berlindung dan keselamatan
* Makanan
* Penjagaan fizikal
* Penjagaan Kesihatan

2. Keperluan psikososial dan rohani
* Keyakinan kepada tuhan
* Kasih sayang yang tidak berbelah bahagi
* Keselamatan dan kestabilan
* Rangsangan yang sewajarnya dan pengalaman baru
* Bermain di bawah pengawasan yang mantap
* Pendidikan
* Bimbingan yang betul
* Ketegasan dan disiplin yang diatur
* Kebiasaan harian yang boleh dijangka
* Sikap keibubapaan yang sihat

Jika keperluan-keperluan asas ini dapat dipenuhi kanak-kanak akan dapat membina harga diri yang positif. Sekiranya tidak dipenuhi kemungkinan masalah kesihatan mental akan timbul.

No comments:

Post a Comment