Makanan pelengkap adalah makanan tambahan yang diberikan kepada bayi anda selain daripada pemberian susu ibu. Pada umur enam bulan, pemberian susu ibu sahaja tidak mencukupi. Ia perlu dilengkapkan dengan pemberian makanan pepejal). Pertambahan makanan pepejal dengan meningkatkan tekstur dan kepekatan makanan tersebut dapat membantu bayi anda memperolehi nutrien yang penting bagi pertumbuhan dan perkembangannya. Kelewatan dalam memperkenalkan makanan pepejal melebihi 6 bulan akan meningkatkan risiko anemia dan gangguan pertumbuhan.
Bermula daripada umur 6 bulan, urat saraf dan otot mulut bayi sudah berkembang secukupnya bagi membantu mengunyah dan mengigit makanan. Sistem penghadaman dan pencernaan bayi sudah matang untuk menghadam pelbagai jenis makanan. Walau bagaimanapun susu ibu masih perlu diberi dan menjadi sebahagian daripada pemakanan bayi anda.
Makanan pelengkap yang sihat perlu mengandungi pelbagai jenis makanan bagi membekalkan tenaga, protein, vitamin dan mineral yang diperlukan oleh bayi anda.
* Bijirin dan hasil bijirin, Contoh:- nasi, bubur,roti dan ubi membekalkan tenaga.
* Susu, ikan, ayam, telur dan daging membekalkan protein.
* Buah - buahan dan sayur - sayuran membekalkan vitamin dan mineral.
PERINGKAT PERTAMA
UmurPERINGKAT KEDUA
6 bulan
Kemahiran
Mula menerima makanan pepejal
Jenis Makanan
Makanan lembut
* Bubur nasi dikisar
* Bijirin untuk bayi (jenis beras)
* Buah dan sayur yang dimasak dan dilecek atau dikisar.
Jumlah & Kekerapan
* 2 -3 sudu besar untuk setiap hidangan. (Waktu makan)
* 2 kali dalam sehari diselangi dengan penyusuan ibu yang kerap
UmurPERINGKAT KETIGA
7- 8 Bulan
Kemahiran
Mula belajar mengunyah
Jenis Makanan
Makanan lembut
* Bubur nasi
* Bijiran untuk bayi
* Buah dan sayur yang dimasak dan dilecek.
* Isi ikan, daging dan ayam yang telah dimasak dan lecek.
* Makanan yang mengandungi susu.
- Keju, puding susu, krim keju
* Telur masak. Cuba dengan jumlah yang sedikit dahulu.
* Jangan beri putih telur sehingga mencapai umur 12 bulan kepada bayi sekiranya terdapat sejarah keluarga yang mempunyai masalah alahan atau bayi mempunyai ekzema.
Jumlah & Kekerapan
* Tingkatkan secara perlahan-lahan ke 2/3 cawan (cawan saiz 250,l) dan kemudian ke ¾ cawan pada setiap hidangan
* 3 kali sehari diselangi dengan penyusuan ibu yang kerap.
UmurPERINGKAT KEEMPAT
9-11 Bulan
Kemahiran
Makan sendiri
Jenis Makanan
Makanan yang dipegang sendiri (dicincang) atau lembut.
* Nasi
* Bijiran bayi
* Sayur yang dimasak, dan dipotong kecil.
* Buah
* Ikan, daging dan ayam
* Susu dan hasil tenusu
keju, puding susu, krim keju.
* Telur, melainkan sekiranya ada alahan
* Kekacang yang dimasak lembut
- kacang panggang dan tauhu
Jumlah & Kekerapan
* Tingkatkan secara perlahan-lahan ke 3/4 atau ke 1 cawan pada setiap hidangan.
* 3 hidangan makan utama (sarapan pagi,makan tengahari dan makan malam) dan 1 snek antara waktu makan utama, diselangi dengan penyusuan ibu yang kerap.
Umur
1-2 Tahun
Kemahiran
Makan sendiri
Jenis Makanan
Makanan keluarga yang diubahsuai
* Pelbagai jenis makanan keluarga yang sihat seperti : campuran nasi dengan ikan atau ayam dan sayur.
* Daging cincang
* Makanan yang kurangkan berempah.
* Makanan segar (tidak diproses)
* Kurangkan garam, gula dan lemak.
* Teruskan penyusuan susu ibu.
Jumlah & Kekerapan
* 3 hidangan makan utama setiap hari (sarapan pagi, makan tengahari dan makan malam)
* 2 snek antara waktu hidangan makan utama.
No comments:
Post a Comment