Followers

Thursday, February 11, 2010

Masalah Pembesaran (achondroplasia)

Apakah maksud masalah pembesaran?

  • Masalah pembesaran bermaksud bayi, kanak-kanak dan remaja membesar dengan tidak normal, dan ini menyebabkan mereka tidak dapat mencapai potensi pembesaran mereka yang sebenar.
  • Ibubapa membawa anak mereka berjumpa dengan doktor kerana anak mereka lebih kecil dari rakan-rakan sebaya



Masalah Pembesaran

Bantut disebabkan oleh achondroplasia


  • Pembesaran kanak-kanak merupakan indikator utama menunjukkan kesihatan dan kahidupan mereka
  • Pembesaran kanak-kanak dapat dilihat pada carta tumbesaran yang standard . Apabila pembesaran kanak-kanak menunjukkan pembesaran abnormal, kanak-kanak tersebut perlu menjalani pemeriksaan yang teliti. Sebab pembesaran yang abnormal ini perlu dikesan supaya rawatan dapat diberikan.

Apakah sebab-sebab masalah pembesaran?

Sebab-sebab masalah pembesaran kanak-kanak boleh terbahagi kepada beberapa kategori

Terdapat kanak-kanak yang bersaiz kecil atau pendek tetapi mereka ini adalah normal. Ini disebabkan ibubapa yang bersaiz kecil akan melahirkan anak-anak yang kecil juga.

  • Kanak-kanak lewat matang (delayed bloomer): kanak-kanak ini lebih rendah dari rakan sebaya pada permulaannya tetapi seterusnya akan mencapai tinggi maksima yang normal (seperti rakan sebaya yang lain).
  • Penyakit-penyakit yang melibatkan seluruh badan (penyakit sistemik) yang serius, tidak dirawat atau tidak dirawat dengan sempurna boleh mengganggu proses pembesaran tubuh. Contoh-contoh penyakit tersebut ialah:
  •          Malnutrisi
  •          Penyakit usus
  •          Penyakit buah pinggang
  •          Penyakit darah (hematology), contohnya talassaemia
  •          Penyakit diabetis mellitus
  •          Penyakit sistem saraf
  •          Diabetes
  •          Trauma atau tekanan mental yang serius

  • Penyakit yang berkaitan dengan hormon :
  1. Kekurangan hormon tiroid
  2. Sindrom Cushing (hormone yang dihasilkan oleh kelenjar adrenal berlebihan)
  3. Kekurangan hormon pembesaran (Growth Hormone) menyebabkan kanak-kanak menjadi kerdil.

  • Penyakit congenital (dari lahir) yang berlaku semasa tisu-tisu badan sedang berkembang :
  1. Pembesaran yang terbantut semasa janin masih di dalam kandungan ibu
  2. Masalah kromosom - contohnya sindrom Turner
  3. Masalah tulang (penyakit tulang atau tumbesaran tulang yang abnormal)

  • Terlalu tinggi :
  1. Cepat akil baligh (precocious puberty) - kanak-kanak mencapai akil baligh awal sebelum umur yang sepatutnya
  2. Penyakit genetik - contohnya sindrom Marfan

  • Idiopatik (idiopathic) :
  1. sebab-sebab yang tidak dapat dikesan

Tanda-tanda dan gejala penyakit ini?

Masalah pembesaran dapat dilihat selepas lahir atau dikesan kemudian, contohnya :

  • Berat badan lahir bayi adalah kurang dari sepatutnya (small for age)
  • Pembesaran yang minima, contohnya tinggi yang dicapai dalam setahun adalah < 5 cm/setahun (untuk kanak-kanak berumur melebihi 2 tahun)
  • Terdapat tanda-tanda dan gejala lain tetapi ini bergantung kepada penyakit-penyakit yang tertentu. Anda perlu berjumpa doktor dan menjalani pemeriksaan yang menyeluruh.

Apakah masalah yang boleh timbul daripada masalah pembesaran?

  • Kanak-kanak tersebut akan merasa rendah diri dan sering ditertawakan atau dipermainkan oleh kanak-kanak normal yang lain
  • Perkembangan kanak-kanak tersebut dari segi sosial, akademik dan ekonomik akan terjejas.
  • Ujian psikologi disarankan untuk menilai samada kanak-kanak tersebut mempunyai masalah IQ atau masalah tingkahlaku.

Apakah rawatan yang ada?

  • Rawatan bergantung kepada jenis masalah pembesaran tersebut:
  1. Jika ia disebabkan penyakit sistemik, maka rawatan penyakit tersebut boleh menyelesaikannya. Contohnya kekurangan hormon tiroid boleh dirawat dengan terapi hormon tiroid (berbentuk pil)
  2. Kanak-kanak yang menghidap penyakit-penyakit seperti kekurangan hormon pembesaran (Growth Hormone), sindrom Turner, penyakit buah pinggang dan berat badan kecil daripada usia kandungan (SGA - small for gestation age) boleh dirawat dengan suntikan hormon pembesaran (Growth Hormone injections). Hormon ini boleh membantu mereka mencapai tinggi maksimum yang normal. Namun begitu, rawatan ini adalah panjang (bertahun-tahun) dan memakan belanja yang amat mahal.
  • Ibubapa turut memainkan peranan penting dalam memupuk dan menanamkan imej diri yang positif di dalam diri kanak-kanak tersebut. Mereka seharusnya mencari kekuatan diri dan belajar untuk memupuk kekuatan ini.
  • Sokongan, kaunseling dan rawatan perubatan yang sesuai boleh memperbaiki kualiti hidup kanak-kanak tersebut dan menghasilkan individu yang lebih baik. 


Sumber : Kementerian Kesihatan, MALAYSIA

    2 comments:

    1. Penjagaan anak-anak cukup penting. Gunakanlah sedikit dari panduan yang berguna disini untuk kesejahteraan keluarga kita semua.

      ReplyDelete
    2. saya nurul , nak tanya saya ada seorang anak perempuan berumur 2 tahun 8 bulan. anak saya percakapan nya tidak lancar. walaupun benda itu dia faham. tetapi bagi nya payah untuk mengeluar kan kata-kata. saya tidak tahu apa cara untuk membuat dia boleh bercakap dengan lancar. minta pandangan dari anda

      ReplyDelete